Sunday, October 25, 2009

minggu yang membosankan.........

adehhhhhhhhhhh lama betul tak menaip skrip... terasa bosan yang amat... duduk lama depan PC jadi jemu... idea mencurah kuar tapi nak menaip tu adoiiiiiiiiiiiiiii...... kalau la ada mesin yang kita cakap dia taip sendiri kan best..........

tapi semalam wedding Faradila Jasmay... aku pergi kejap je pastu kena pergi tempat lain lak. tempat lama aku Menara Kuala Lumpur Open house, lepak dalam sejam aku blah.... pastu lepak kat shine lak tengok member aku. battel of the band tapi dia kalah hahahahahahahaha tapi ok la.........

hari ni lepak duduk rumah sepanjang hari.......... bosan tapi malas nak kuar........ buka FB layan main game kejap pastu my mum telepon hehehehehehehe selasa ni diorang datang... Kovo adik aku Mohammad Isnawi kat UITM......

walaupun.... bosan terpaksa gak le layan hehehehehehehe bosan nye hujung minggu ni.............

Saturday, October 10, 2009

mencari kekuatan diri...

lama betul aku tak muhasabah diri.... bila lepas ramadhan aku rasa semakin jauh aku dengan kehidupan yang sebenar yang aku cari.... aku kadang leka dengan segala apa yang aku cari selama ini......... Ya Tuhan Kau berilah aku kekuatan untuk aku lalui dan jalani kehidupan yang sebenarnya lagi murni................

Minta peyunjuk dan Hidayah untuk aku lalui dan tempuhi dengan aman dan tenang....

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Salam Kemaafan....

nasib baiklah Syawal ada sebulan.. kiranye tak lambat lagilah aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua kengkawan.. manalah tahu kot2 terbuat salah tanpa disedari atau tersyok sendiri.... ampun dan maaf zahir dan batin.... Batin!!!!!!!!!! kalau adalah. hehehehehe

lama gak aku bercuti kali ni saja nak melepaskan geram sebab dah lama tak balik kampung... kiranya jadual seminggu aku balik ke Kedah penuh dan tertunai segala apa yang aku rancangkan....

Jumaat... sampai ja aku dikampung maka sibuklah aku melayan karenah anak2 sedara aku yang terlampau ni... sehinggalah melayan dia orang sampai letih satu badan... tu belum kira bawa diorang pergi Shoping.... angan beli ikan dekat pet shop

Sabtu.... melayan kemas rumah... maklumlah nak raya... pastu shoping ngan mak & abah aku.

Ahad.... beraya dengan family... disebabkan letih... petang aku tertidur heheheheheh (aktiviti tetap setiap tahun selepas beraya dengan keluarga)

Isnin.... beraya dengan sedara mara jauh dan dekat..... Open House punya lah banyak nak kena pergi........ tapi yang tak best punyalah ketinggalan zaman, aku sampai tak kenal anak2 sedara aku sebelah bapak aku... siap ada yang bertambah...... hehehehehe kira2 tu koyak gak la RM300 untuk anak2 sedara sebelah bapak aku ni...

Selasa..... rumah terbuka kelaurga Ishak & Sauwana.... emak ngan abah aku la tu..... kira tapau semua kami buat jamuan raya... kekah anak sedara kakak aku... birthday party untuk 2 orang anak sedara aku.. Isma Irdina & Mohamad Qhais.

Rabu... Aktiviti tahunan yang akan mengelapkan kulit aku... memancing ditengah lautan dengan geng2 lelaki family aku... tapi tahun ni kira best sikit dah la dapat ikan banyak... dapat tengok anak paus naik and kejar ikan and ikan Marlin melompat tinggi depan mata....

Khamis..... beraya dengan bakal keluarga baru aku hehehehehehe, membeli belah untuk kawan2 di KL... dan yang penting perlawanan FUTSAL antara geng perantau dan kawan2 yang masih setia menetap di Kedah... yahoooooooo kami menang

Jumaat......... Jamuan Open Hause AKRAB.. Persatuan Penggerak Warisan Budaya - Group theater aku di Kedah....

Sabtu... bersiap sedia untuk pulang ke KL.... petang aku dah gerak balik tapi nasib baik la tak la berapa jem sangat... 5 jam je....

Ahad.. aku merehatkan diri sambil2 kemas rumah...

Isnin............. KERJAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...........

hehehehehehe so itulah perjalan cuti raya aku.... apapun sekali lagi aku mohon ampun dan maaf kalau ada tersalah kata, terkurang hajar, terlebih bicara....

Selamat Hari Raya Aidilfitri.... Maaf Zahir dan Batin

Thursday, September 17, 2009

cinta puteri bunian - nantikan kemunculannya.....

aku dapat ilham untuk menulis cerita ni lepas aku sentiasa termimpikan sesuatu yang indah dan kadang2 yang buruk dalam setiap tidurku.... mungkin bahasa penceritaannya kurang enak tetapi inilah yang aku alami dan ingin aku kongsi bersama dengan kawan2 ku... cinta puteri bunian... sebuah adaptasi mimpi aku sendiri yang cuba aku lakarkan dan tuliskan didalam diari novel kehidupan aku... sabar ya.......

Thursday, July 16, 2009

Merepek.... Merapu.... meraban....

.... payah betul bila nak menulis je ada yang mengganggu... bila nak start merepek dengan kehidupan sekarang je ada je yang menghalang ini belum kira dengan merapu dan meraban lagi... puas mencari masa aku nak selitkan sedidikit bahasa kesat aku/ kira2 tu orang kedua dalam diri aku la yang menulis ni... nothing much.... sebenarnya saja nak menulis ni sebab dah lama tak update kat blog ni... takut gak manalah tahu kena BLOK lak .... sepanjang keBZian inilah macam2 benda yang berlaku... susah nak digambarkan dalam penulisan tapi kalau dah start bercerita pasti akan mengambil masa 1001 malam untuk dihabiskan...

nanti2 lah aku sambung merepek ni.... hehehehehehehehe

Friday, March 13, 2009

aku berlakon filem

hahahahha ketawa besar bila aku fikirkan balik yang aku berlakon filem. watak jangan tanya le tak de dialog pun tapi sekadar extra je. hhahahahaha filem baru tayangan unggul KAPOWW!!! aku jadi pemandu Van kepada Afdlin Shauki atan " Kesatuan Antarabangsa Peringkat Olimpik Wira Wira - KAPOWW....

nantikan kemunculan pelakon yang akan diketawakan orang hahahahahahaha sebelum kena ketawakan baik aku sendiri ketawa dulu hahahahahahahaha







buat blogers yang berminat nak turun ke set KAPOWW sila beri nama kepada ajami dan saya akan setkan date bila....

Wednesday, March 11, 2009

cuba la fikir sama

bila dah banyak sangat masa terluang kat atas jalan raya ginilah jadinya... blog lama tak update, satu ulasan pun belum sempat buat. hari ni aku cuba gak untuk buka semula blog yang dah lama aku tak update, bukan nak updatekan apepeun cuma nak bagitahu yang aku masih bernyawa....

hari2 aku terfikir dan cuba memikir kehidupan aku selama ini berbaloi atau tidak... kerja yang aku buat sekarang ok atau tak... hubungan yang aku jalinkan sekarang sampai bila la gamaknya.... bukan aku mengeluh cuma nak melepaskan rasa terpendam dalam lubuk hati aku je...

kalaulah ada sesiapa yang sudi mendengar lehla gak aku bercerita...

hari ni hujan macam tahu2 je yang hati aku ni tengah bercelaru... macam2 hal aku fikir
adoiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... penat la

bersambung hehehehehehe